fbpx

Konflik Palestin-Israel: Seorang kanak-kanak Gaza maut setiap 10 minit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang jururawat merawat seorang kanak-kanak yang cedera di Hospital Nasser, Khan Yunis, 27 Oktober lalu. – AFP

BANDAR GAZA – Pertubuhan amal kanak-kanak antarabangsa, Save The Children mendedahkan bahawa seorang kanak-kanak di Gaza terbunuh dalam masa setiap 10 minit berikutan peningkatan  serangan tentera Israel, lapor Badan Penyiaran Britain (BBC) semalam.

Bercakap kepada BBC dari Baitulmuqaddis, Pengarah  Save The Children, Jason Lee berkata, daripada 20,000 orang awam yang cedera, satu pertiga ialah kanak-kanak.

Tambahnya, kes penyakit berjangkit turut meningkat berikutan keadaan yang semakin sesak selain kekurangan amalan kebersihan.

Beliau turut menyatakan kebimbangan mengenai penularan wabak influenza.

“Doktor-doktor bedah terpaksa melakukan prosedur pembedahan tanpa ubat bius. 

“Mereka terpaksa menggunakan lampu telefon bimbit untuk di kemudahan kesihatan.

“Mereka juga semakin kehabisan peralatan utama perubatan seperti kain balut, manakala kira-kira 130 bayi pramatang yang ditempatkan di dalam inkubator kini berisiko meninggal dunia,” ujar Jason.

Persatuan Palang Merah Antarabangsa menyifatkan situasi kemanusiaan di Gaza sebagai mengejutkan sambil menambah dalam catatan media sosial yang berbunyi: “Malah peperangan sekali pun mempunyai batasan kemanusiaan.” – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI