fbpx

Kekejaman Israel, normalisasi Arab

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

LEBIH 8,000 rakyat Palestin dilaporkan telah terkorban, manakala 22,000 lagi cedera dalam serangan udara Israel.

Rejim Zionis menjadikan Hamas sebagai alasan untuk mewajarkan ‘pembunuhan’ manusia besar-besaran.

Namun, terkilat ikan di air, sudah tahu jantan betinanya, apatah kebinatangan Zionis. Niat sebenar sudah terang lagi bersuluh.

Keghairahan Zionis mahu membunuh serta menghapus belum berakhir dengan melancarkan serangan darat.

Apakah kemusnahan dan kesedihan bakal disaksikan sete­rusnya di bumi Paletin, masa jua menentukan.

Bagaimanapun, ada perkembangan yang tidak kurang pen­ting untuk diteliti di sebalik ‘kekejaman’ tidak bernoktah ­rejim Zionis.

Susulan serangan buas Israel, kerajaan Arab Saudi dilaporkan telah menangguhkan rundingan normalisasi.

Rundingan normalisasi antara Arab Saudi dengan Israel yang diterajui oleh Amerika Syarikat (AS) sejak 2020.

Walhal beberapa minggu sebelum konflik tercetus, Arab Saudi baru saja mendedahkan kemajuan usaha normalisasi dengan Israel.

Israel malah sudah pun menandatangani hubungan norma­lisasi dengan Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Bahrain dan Sudan.

Seharusnya penangguhan yang dilaporkan AFP itu adalah faktual kerana normalisasi dunia Arab dengan Israel teramatlah pelik.

“Memang pelik. Normalisasi Israel dan negara-negara Arab memang pelik,” tegas Pengarah Pusat Pengajian Palestin Hashim Sani Universiti Malaya, Prof Dr. Nazari Ismail.

Beliau ketika dibubungi ­Kosmo! berkata, normalisasi itu bermaksud mengiktiraf, menjalin hubungan diplomatik dan perdagangan dengan Israel.

“Implikasi normalisasi juga seolah-olah merestui kezaliman Israel, menceroboh tanah Palestin dan Masjid Al-Aqsa.

“Tetapi sekarang ini Israel sedang membunuh beribu umat Palestin menjadikan normalisasi itu bertambah pelik.

“Mengapa perlu normalisasi? Malaysia tiada sebarang hubu­ngan dengan Israel tiada masalah pun,” katanya.

Justeru, katanya, adalah wajar negara Arab membatalkan normalisasi atau apa sahaja usaha ke arah normalisasi dengan Israel.

Ujar beliau, negara Islam yang ada hubungan diplomatik de­ngan Israel juga wajar menamatkan hubungan serta-merta.

Namun, Nazari tidak pasti sama ada serangan Hamas pada 7 Oktober lalu sememangnya bermotif menggagalkan norma­lisasi.

“Apa pun semua bentuk hubungan dengan Israel pembelotan kepada perjuangan umat Islam Palestin sejak sekian lama,” katanya.

Pegawai kanan Hamas pernah mengakui, kumpulan itu menyedari akibat bakal diterima rakyat Palestin selepas menyerang Israel.

“Kami menyedari kesan yang akan berlaku selepas serangan 7 Oktober, kami tahu apa yang akan berlaku.

“Tapi, kami tidak boleh terus berdiam dan membiarkan Zionis terus menjajah Palestin, menindas rakyat kami.

“Ini (serang Israel) merupakan satu daripada cara untuk beritahu dunia yang Palestin sanggup lakukan apa sahaja untuk bebas daripada cengkaman Zionis,” katanya.
Persoalannya, apakah negara Islam terlibat untuk membatalkan normalisasi dengan Israel selepas menyaksikan kebinata­ngan Zionis, sekali lagi masa akan menentukan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI