Jam tangan jenama mewah Rolex milik bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri mencatatkan bidaan tertinggi sebanyak RM131,000, setakat pagi ini.
Perkara itu diumumkan menerusi kemas kini di ruangan komen pada hantaran di Facebook rasminya.
Terdahulu, Dr. Zulkifli melelong jam tangan Rolex pemberian Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud bermula RM40,000.
Tinjauan Kosmo! di platform media sosial beliau mendapati, lebih 50 pembida mengikuti acara lelongan tersebut dengan kenaikan harga bidaan sekitar RM500 hingga RM3,000 seorang.