fbpx

EPMB buka kilang tempat duduk Proton

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad (tengah) pada majlis pelancaran kilang tempat duduk kenderaan EPMB di Tanjung Malim, semalam.

PETALING JAYA – EP Manufacturing Berhad (EPMB), sebuah syarikat yang tersenarai di Pasaran Utama Bursa Malaysia mengumumkan pembukaan kilang pengeluaran tempat duduk kereta baharu di Tanjung Malim untuk Proton.

Dibangunkan dengan pelaburan lebih RM30 juta, ia terletak hanya 2.5 kilometer dari kilang Proton di Tanjung Malim, di mana dua pemegang saham utama Proton, DRB-HICOM Berhad dan Zhejiang Geely Holding Group Co. Ltd. (Geely) sedang membangunkan Lembah Teknologi Tinggi Automotif.

Kilang pengeluaran tempat duduk kereta EPMB mempunyai kapasiti awal untuk mengeluarkan 150,000 set tempat duduk kereta setiap tahun bagi memenuhi keperluan Proton untuk pengeluaran kenderaan yang akan datang.

Projek membangunkan kilang tersebut melibatkan perkongsian teknikal antara EPMB dan pengeluar alat ganti kenderaan China, Zhejiang Jujin Automobile & Motor-cycle Accessories Co., Ltd., yang kini membekalkan tempat duduk kereta kepada Geely.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan EPMB, Ahmad Razlan Mohamed berkata, pembukaan kilang ini adalah langkah kritikal dalam kerjasama EPMB dengan Proton yang telah berlangsung hampir empat dekad.

“Ini adalah kali pertama EPMB melibatkan diri dalam pengeluaran dan pemasangan tempat duduk, dan kami berasa berbesar hati kerana Proton memberi kami peluang ini.

“Usaha ini akan membolehkan kami mempelbagaikan perniagaan daripada pengeluaran produk logam dan plastik, dan membuka aliran perniagaan baru dengan potensi pertumbuhan yang besar,” katanya dalam satu kenyataan semalam. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI