fbpx

Di bom, sekolah anak Siti Nurhaliza di Gaza terselamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SITI Nurhaliza terus berdoa dan mengharapkan ada keajaiban akan berlaku di Gaza.

PETALING JAYA – Penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza menzahirkan rasa syukur apabila sekolah Afwa Al Aafiyah di Gaza yang menjadi tempat sebilangan rakyat Palestin berlindung terselamat dalam bedilan bom, baru-baru ini.

Katanya, setiap hari dia berdoa pusat bimbingan kanak-kanak atau tadika yang dibina bawah Yayasan Nurjiwa itu terhindar daripada kemusnahan dilakukan rejim Zioniss apatah lagi selepas pihaknya terputus hubungan dengan kakitangan sekolah berikutan bedilan bom di kawasan tersebut sejak seminggu lalu.

“Alhamdulillah sekolah saya masih selamat lagi. Sekarang ini sekolah itu menjadi penempatan untuk mereka yang tiada tempat tinggal di kawasan berhampiran.

“Saya berdoa dalam setiap solat saya semoga sekolah saya, anak-anak saya tidak dibom dan berdoa peperangan ini cepat dihentikan sebab kita semua merasai apa rakyat Palestin rasa,” katanya.

Dalam perkongsian Instagram, penyanyi Purnama Merindu itu turut meluahkan rasa lega apabila sahabatnya, Dr. Mohanad yang membantu menyalurkan barangan keperluan kepada penduduk setempat menerusi tadika itu juga telah menghubunginya selepas beberapa hari terputus hubungan.

Siti, 44, yang berkongsi perbualannya dengan aktivitis dan sukarelawan itu turut meminta orang ramai terus mendoakan keselamatan seluruh masyarakat Palestin.

Sebelum ini, Siti yang lantang menyokong Palestin menzahirkan kebimbangan apabila Kem Al-Shati di bahagian barat Gaza dibedil bom dalam serangan terbaru Israel yang juga berhampiran sekolah Afwa Al Aafiyah.

“Di sekitar sinilah tempat Afwa Al Aafiyah dan pasukan saya tinggal, Allah selamatkanlah mereka.

“Saya masih tak dapat maklumat tentang keadaan mereka dan Dr. Mohanad di sana.

“Kawasan mereka adalah tempat yang dibom bertalu-talu,” katanya dalam perkongsian Instagram Storynya, Jumaat lalu.

Penyanyi itu berharap tadika bersempena nama anak-anaknya itu tidak menjadi sasaran bom rejim Zionis, selain semua 50 murid yang juga anak angkatnya bersama petugas di situ terus dilindungi Tuhan.

“Semoga ada berita dan keajaiban. Insya-Allah,” katanya.

Minggu lalu tentera Israel meluaskan’ pencerobohan di Semenanjung Gaza ketika sistem komunikasi dan internet di wilayah Palestin terputus.

Pengumuman itu dibuat ketika tentera Israel memperhebatkan kempen pengeboman untuk memusnahkan infrastruktur yang digunakan pejuang Palestin termasuk Hamas. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI