fbpx

Dewan makan dikecam hidang telur busuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Telur rebus yang sudah busuk dihidangkan di sebuah dewan makan sekolah berasrama.

PETALING JAYA – Tindakan sebuah dewan makan di sebuah sekolah berasrama penuh menghidangkn telur rebus yang sudah busuk kepada pelajar mendapat kecaman orang ramai.

Menerusi sebuah perkongsian di aplikasi X, tindakan cuai penyedia makanan itu juga menyebabkan beberapa orang pelajar di sekolah berkenaan mengalami keracunan makanan.

“Makanan yang dihidangkan ini menyebabkan ramai anak-anak sakit perut cirit-birit.

“Dah nampak tembelang begini masa kupas telur tapi masih hidang dekat anak-anak. Mana hati perut ya? Ini bukan kali pertama,” tulis hantaran itu.

Menurut individu itu juga, sebelum ini dewan makan berkenaan pernah menghidangkan makanan yang terlalu pedas hingga menyebabkan pelajar di sana mengalami sakit perut.

Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata pengguna mengecam tindakan penyedia makanan tersebut dan berharap agar dikenakan tindakan tegas oleh pihak sekolah.

“Sampai hati bagi makanan begini pada orang, nak bagi kucing makan benda tidak elok pun tak sampai hati inikan pula anak orang,” kata Asyura.

“Tengok pun dah seram, tak periksa dulu ke sebelum hidangkan,” kata Larifzah.

“Kalau sampai macam ini. Tak rasa mereka sengaja. Sebab jelas sangat, saya rasa sabotaj. Allahualam. Sebab ada yang nak masuk tender. Memang berlaku begini,” kata Kookies.

“Mereka tahu dan nampak makanan tu dah tak elok, tapi masih nak hidang juga,” kata Sirap limau.

Sehingga kini, hantaran tersebut telah mendapat lebih 1,000 ulang kicau dan 33 komen. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI