fbpx

Deepika Padukone suka puji diri sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DEEPIKA PADUKONE

AKTRES sensasi Deepika Padukone menegaskan tidak pernah ambil kisah terhadap kutukan netizen kerana yakin ada dalam kalangan mereka cemburukan kejelitaannya.

Namun berbeza dengan pengakuan dibuat dalam Instagram, isteri kepada aktor Ranveer Singh itu dilihat gigih mempertahankan diri dengan membuat beberapa hantaran memperjelaskan keadaan.

Kecaman dilemparkan netizen gara-gara perkongsiannya dan suami dalam Koffee With Karan mengenai pertemuan pertama mereka hingga akhirnya disatukan sebagai suami isteri pada 2018.

Rata-rata peminat menganggap penampilan mereka dalam musim kelapan itu sebagai sebuah mimpi buruk selepas selebriti berusia 37 tahun itu hanya memuji kecantikan diri sendiri.

“Sangat cantik, sangat elegan. Hanya terlihat seperti sebuah wow,” katanya yang mengenakan persalinan serba merah dengan perincian anting-anting permata.

Malah tidak kurang mengecam kenyataan suaminya yang mengungkapkan pertemuan dengan Deepika sebagai momen terindah dalam hidupnya.

Lebih nakal apabila ada yang mengungkit bahawa itu kenyataan sama ketika dia menggambarkan pertemuan pertamanya dengan bekas kekasih, Anushka Sharma, sekitar tahun 2011.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI