fbpx

Bakal pengantin bergambar di tanah perkuburan sebelum berkahwin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TAN (kiri) dan Lay bergambar bersama keranda di Tanah Perkuburan Bukit Brown, Singapura baru-baru ini. - Foto MSNEWS

SINGAPURA  – Sepasang kekasih di Singapura yang bekerja dalam sektor pengebumian melanggar pantang larang apabila merakam gambar praperkahwinan mereka di Tanah Perkuburan Bukit Brown, lapor portal berita MSNews semalam.

Mereka juga berpakaian serba hitam dan bergambar bersama keranda sebagai latar belakangnya.

Menurut akhbar Shin Min Daily News, pemilik syarikat Funeral Home Team, Glenn Tan, 29, akan melangsungkan perkahwinan dengan Rainer Lay yang bekerja sebagai pengurus mayat pada bulan ini.

Dalam tindakan yang mengingkari tradisi, pasangan itu merakam gambar mereka bersama di Tanah Perkuburan Bukit Brown, September lalu.

Lay mendedahkan bahawa pasangan itu bertemu melalui pekerjaan mereka. 

“Kami sentiasa berhadapan dengan orang mati dan keranda. Kami menghabiskan banyak masa di tempat kerja. Jadi, bagi kami, tanah perkuburan adalah tempat yang sangat bermakna,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI