PETALING JAYA – Ribut petir, hujan lebat berserta angin kencang dijangka melanda 10 negeri, malam ini.
Menurut hantaran di laman Facebook Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), cuaca buruk dijangka berlarutan sehingga pukul 9 malam.
“Hujan lebat dan ribut petir dijangka berlaku di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang.
“Selain itu, cuaca buruk juga bakal berlaku di Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan kawasan pedalaman di Perak dan Selangor,” katanya dalam hantaran sama.
MetMalaysia turut meramalkan cuaca buruk di Sabah iaitu di Pedalaman, Pantai Barat dan Wilayah Persekutuan Labuan.
“Di Sarawak, kawasan yang terlibat hanya di Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang,” katanya. – KOSMO! ONLINE.