fbpx

Agrobank perkasa industri penternakan ayam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pembiayaan disediakan Agrobank membolehkan penternak ayam menambah produktiviti dan mengurangkan kos, seterusnya berupaya menawarkan harga lebih baik kepada pasaran. - Gambar hiasan

PETALING JAYA – Selaras dengan penamatan subsidi dan kawalan harga ayam bermula 1 November ini, Agrobank memandang serius dalam usaha memastikan status bekalan harga ayam di ladang berada dalam keadaan stabil dan tidak membebankan rakyat.

Menurut Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Datuk Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin, pihaknya komited untuk bekerjasama dengan Kementerian Pertanian & Keterjaminan Makanan (KPKM) melalui pembiayaan modal kerja dan modal tetap kepada para penternak bersaiz kecil dan sederhana.

Turut disediakan Skim Mikro Kredit dalam bentuk pembiayaan modal pusingan buat para penternak komuniti, yang mana pembiayaan disediakan termasuk untuk transformasi daripada reban ayam terbuka kepada reban ayam tertutup.

Tengku Ahmad Badli Shah

“Dengan margin sehingga 90 peratus bagi tempoh pembiayaan sehingga sembilan tahun, para penternak komuniti dan mikro, serta penternak kecil dan sederhana masing-masing bakal menikmati kadar keuntungan sehingga tiga peratus setahun mengikut baki bulanan.

“Matlamat program ini antara lain adalah untuk meningkatkan akses bekalan ayam secara terus daripada penternak kepada pemborong dan peruncit di pasaran.

“Ia juga membolehkan para pengusaha untuk beralih kepada teknik pemeliharaan yang lebih cekap, yang secara tidak langsung dapat meningkatkan produktiviti ladang dan mengurangkan kos pengeluaran, yang akhirnya harga ayam berpatutan dapat ditawarkan kepada pasaran,” ujarnya dalam satu kenyataan semalam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI