fbpx

30 minit kaki tersangkut dalam lubang tandas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bomba bantu mengeluarkan kaki seorang kanak-kanak tersangkut dalam lubang tandas di Jalan Cheras Batu 12, Sungai Sekamat, Kajang, hari ini.

KAJANG – Seorang kanak-kanak lelaki terpaksa menahan sakit selama 30 minit selepas kakinya tersepit di dalam lubang tandas ketika sedang membersihkan diri di Jalan Cheras Batu 12, Sungai Sekamat, di sini, hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan itu pada pukul 12.23 tengah hari.

Katanya, seramai lima anggota bersama sebuah jentera dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Kajang bergegas ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, didapati seorang kanak-kanak warga Indonesia berusia sembilan tahun telah tersangkut kaki di dalam lubang tandas.

“Kerja-kerja mengeluarkan kaki mangsa tamat pada pukul 12.50 tengah hari. Mangsa bagaimanapun, tidak mengalami sebarang kecederaan ,” katanya dalam kenyataan hari ini. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI