fbpx

[VIDEO] Lagu Cintaku Sampai Ke Ethiopia tular selepas 10 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar perkongsian di YouTube, milik Kael Nafhael.

PETALING JAYA – Persembahan memukau koir pelatih jururawat sempena majlis konvokesyen yang dimuat naik ke laman YouTube 10 tahun lalu kini berjaya mencuri perhatian pengguna media sosial.

Lagu ‘Cintaku Sampi Ke Ethiopia’ nyanyian Ria Resty Fauzi dipersembahkan oleh pelatih jururawat Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sultan Azlan Shah (KSKB) kembali tular apabila mendapat lebih 1.6 juta tontonan dan 82,000 tanda selepas dimuat naik semula oleh @matjiwang95 di TikTok.

Suara harmoni mereka diiringi gerak tari yang dikawal oleh konduktor membuatkan pengguna media sosial terpegun.

“Masa konvokesyen saya ni. Saya di bawah sebagai penonton dan penerima Sijil Pos Kejururawatan Kesihatan Awam. Persembahan ini ada empat buah lagu semuanya,” komen Che Muda Jelita.

“Lagu ini memang wajib nyanyi ya dik. Banyak benda kami wajib buat. Semasa saya dulu wajib mekap sekurang-kurangnya memakai gincu sebelum ke wad untuk buat praktikal,” kongsi Zahariah Samat.

Netizen kagum melihat kesungguhan jururawat menjalankan tugas dan berterima kasih atas komitmen yang tidak berbelah bahagi.

“Mesti semua dah bertugas di pelbagai institusi kesihatan sekarang ni. Terima kasih atas jasa bakti dan pengorbanan anda,” tambah Zack Zulkifli. – KOSMO! ONLINE

@abgjiwang95 Done ✍️🎧CINTA KU SAMPAI KE ETHOPHIA – KSKB Sultan Azlan Shah Ulu Kinta 2013 Konvo conductor dia hebat 👏👏#cintakusampaikeeuthopia #nurse #conductor #laguviral #cikmisi #abangjiwang90an ♬ Cintaku Sampai Ke Ethiopia – Abg Jiwang_Official

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI