PETALING JAYA – Pempengaruh media sosial, Aisyah Hijanah mendedahkan rumah tangganya kini bergolak setelah suaminya terkena penyakit ain (dengki) akibat buatan orang ketiga.
Menurutnya dalam sebuah hantaran di laman TikTok, perkara itu disedari Aisyah setelah suaminya mula menjauhkan diri, kurang bercakap dan tidak lalu makan.
Disebabkan apa yang berlaku, Aisyah kini mengurangkan jumlah hantaran di media sosial bersama suami kerana tidak mahu perkara sama daripada berulang pada masa hadapan.
“Sepanjang enam tahun saya berkahwin, inilah ujian yang paling mencabar. Tidak ada pasangan yang sanggup alami perkara ini. Tidak ada juga yang ingin pendatang luar masuk dalam keluarga.
“Tetapi, perkara ini berlaku kepada kami sekeluarga. Saya perlu kuat atasi masalah ini. Jika tidak, kami akan kalah,” katanya.
Disebabkan perubahan tingkah laku yang ketara, Aisyah bertindak membawa suaminya berjumpa ustaz untuk berubat sebelum disahkan terkena penyakit ain akibat perasaan hasad dengki orang lain.
“Betul kata orang, hati isteri jarang salah. Saya sudah lama rasa ada sesuatu yang tidak kena. Bila Aisyah tanya pada ustaz, dia kata dia nampak sesuatu pada suami.
“Alhamdulillah, selepas balik dan berbincang, saya nampak suami semakin pulih. Tetapi, saya masih lagi hidup dalam keadaan menderita selama hampir dua minggu,” katanya.
Menurut hantaran terbaharu Aisyah di laman TikTok, hubungannya dan suami kini semakin pulih.
“Saya anggap apa yang berlaku adalah ujian daripada Tuhan. Selepas ini, saya dan suami akan lebih berhati-hati dan tidak akan mudah mempercayai orang lain dengan mudah,” katanya.
Kini, hantaran tersebut telah mendapat 50,000 tanda suka dan 1,363 komen. – KOSMO! ONLINE
@aisyahhijanah #bismillahimasyaAllah ♬ Dawai (From “Air Mata Di Ujung Sajadah”) – Fadhilah Intan