fbpx

UPNM anjur ekspo semarak inovasi pendigitalan PdP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHAMMAD AGUS (kiri) melihat teknologi AI yang diperkenalkan pada ekspo UPNM-InTeLeX di Dewan Zulfaqar, UPNM, Sungai Besi, Kuala Lumpur baru-baru ini.

BERBICARA tentang inovasi, ia merupakan satu perkara yang penting dalam kehidupan manusia ketika ini.

Melalui inovasi, pelbagai ciptaan baharu yang memudahkan sesuatu urusan akan terhasil.

Bagi menyemarakkan lagi hal berkaitan inovasi di negara ini, Pusat Pengajaran dan Pembelajaran, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) telah menganjurkan Ekspo Inovasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran (UPNM-InTeLeX) sempena Sambutan Bulan Akademia baru-baru ini.

Ekspo yang berlangsung di Dewan Zulfaqar, UPNM di Sungai Besi, Kuala Lumpur itu mengangkat tema ‘Cultivating Intellectual Innovation in Teaching and Learning’ yang memberi fokus kepada perkongsian maklumat serta pengetahuan dalam bidang kepakaran masing-masing.

Naib Canselor Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Leftenan Jeneral Datuk Mardzuki Muhammad berkata, tema itu diangkat seiring dengan langkah UPNM dalam memperkasakan agenda pendigitalan total dalam pengurusan, pendidikan, pembelajaran dan perkhidmatan.

Ujarnya, UPNM juga berusaha memacu ke arah inovasi berimpak tinggi dalam memastikan sistem pendidikan tinggi kekal relevan sejajar dengan perubahan semasa.

Menurutnya, pada tahun ini, penyertaan peserta amat menggalakkan apabila seramai 150 orang mengambil bahagian berbanding hanya 83 penyertaan pada tahun lalu.

“Umum mengetahui bahawa peserta ekspo ini terdiri daripada pelajar dan pensyarah di pelbagai institusi pendidikan tinggi sama ada universiti awam mahupun swasta.

“Besar harapan saya agar usaha mencipta platform bagi mempromosikan pertukaran ilmu pengetahuan ini dapat membawa bersama para pemikir, pengajar dan pelajar.

“Platform ini membolehkan mereka berdiskusi, membuka kotak minda, memacu daya imaginasi dan seterusnya mendorong kepada inovasi dalam mendepani era pendigitalan pengajaran serta pembelajaran (PdP),” katanya ketika berucap pada ekspo tersebut.

ANTARA teknologi PdP yang diketengahkan pada ekspo UPNM-InTeLeX.

Dalam pada itu, Mardzuki menambah, dalam era milenium ini, satu kelebihan buat universiti untuk mengadaptasikan perubahan gaya PdP di UPNM.

Malah, dia berasa kagum dengan penyertaan dan komitmen diberikan oleh para pensyarah, pelajar serta akademia UPNM untuk menyesuaikan diri dengan teknologi baharu.

Ini akan meningkatkan lagi aktiviti-aktiviti berkaitan pemindahan pengetahuan supaya proses PdP dalam universiti berjalan dengan lebih efektif.

Dalam dunia yang sentiasa berubah dan berkembang pesat, satu keupayaan bagi sesebuah universiti untuk beradaptasi dan mengambil peluang terhadap daya saing yang diperlukan.

Sementara itu, Mardzuki menjelaskan, ekspo yang diadakan itu bukan hanya tentang pencapaian semata-mata.

“Ia juga mengenai membangunkan potensi-potensi yang ada dalam setiap individu terlibat.

“Ekspo ini telah menjadi medium bagi kita semua untuk berkongsi, mempelajari dan terus berinovasi dalam membentuk generasi akan datang.

“Ia juga dapat membantu membawa UPNM ke tahap lebih tinggi.

“Seiring dengan itu, saya juga ingin menggariskan pentingnya kolaborasi dan keterbukaan dalam mencapai kecemerlangan,” terangnya.

Tambahnya, melalui inisiatif UPNM-InTeLeX, ia akan membina jaringan yang kuat dan mampan dalam usaha mencapai matlamat bersama iaitu mencipta generasi berilmu, berinovasi, dan mampu berdaya saing di persada antarabangsa.

Sementara itu, ekspo UPNM-InTeLeX telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi (J-KOM) Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mohammad Agus Yusoff.

Dalam ucapannya, Mohammad Agus berkata, pentingnya ekspo itu diwujudkan bagi menyokong ekosistem yang kondusif.

Ujarnya, ia juga mampu menyumbang kepada pertumbuhan dan perkembangan ilmiah dalam kalangan mahasiswa universiti.

“Saya yakin melalui ekspo ini, kita dapat membentuk pemimpin masa hadapan yang pintar dari segi akademik.

“Pada masa, ia juga mampu melahirkan pelajar bersahsiah tinggi, berdedikasi, berakhlak mulia terhadap pembangunan masyarakat sejagat,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI