fbpx

‘Tubuh lemah, kerap selesema rupanya saya sakit kanser’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SITI ARZIAH menerima bantuan susu khas daripada Pengurus Besar Pasaraya Econsave Cash&Carry, Mas Imran Adam di rumahnya di Bandar Baru Uda, Johor Bahru.

JOHOR BAHRU – Sebelum ini Siti Arziah Ismail, 61, merupakan wanita yang aktif, namun segala­nya berubah selepas disahkan menghidap kanser pangkal hidung sejak bulan lalu sehingga terpaksa bergantung dengan orang lain untuk bergerak.

Menurut pekerja swasta itu, dia mula hilang selera makan, tubuh semakin lemah, kerap selesema selain mata kirinya ke­merahan sejak beberapa bulan lalu.

“Saya alami hidung berdarah bagi tempoh singkat sahaja sebelum disahkan menghidap kanser, hasil pemeriksaan mengesan ketumbuhan di hidung.

“Mata kiri saya juga semakin membengkak sejak dua minggu lalu, doktor memaklumkan gejala seperti itu jarang berlaku pada pesakit kanser.

“Lebih menyedihkan apabila doktor mengatakan sel kanser berkenaan juga memberi kesan kepada otak,” katanya.

Siti Arziah berkata, dia kini perlu menjalani menjalani radio­terapi selama 18 hari Hospital Sultan Ismail (HSI) bermula semalam.

Dia yang tidak mempunyai cahaya mata berkata, segala kos perubatan serta kos berulang-alik dari rumah di Bandar Baru Uda, di sini ke HSI ditanggung sepenuhnya oleh suami yang bekerja sebagai jurufoto sambilan.

“Saya bekerja di bahagian pe­ngurusan pentadbiran di syarikat swasta, namun kini bercuti sakit selama dua bulan,” ujarnya.

Katanya, dia kini hanya bergantung kepada bekalan susu khas disyorkan doktor untuk mendapatkan zat dan tenaga yang menelan belanja kira-kira RM1,000 sebulan.

“Kos rawatan radioterapi di HSI yang agak tinggi, syukur kami menerima bantuan segera ­Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), harapnya kami layak mendapatkan bantuan perubatan atau sara hidup,” luahnya.

Sehubungan itu, orang ramai boleh menyalurkan sumbangan kepada Siti Arziah menerusi akaun miliknya di Public Bank 4511679515.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI