fbpx

Tak perlu sentap, Nabil, Jihan memang ‘hauk’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENYANYI Azharina Azhar tetap memuji sikap baik hati Nabil dan Jihan biarpuan di atas pentas GV, dia pengacara itu kerap bergurau kasar.

SHAH ALAM – “Nabil memang begitu, tiada sensor pintar.”

Itu yang ditegaskan penyanyi Azharina Azhar berhubung sikap pengacara Nabil Ahmad yang kerap menggunakan isu ‘body shaming’ sebagai bahan gurauan di atas pentas All Stars Gegar Vaganza (GV10).

Menurut Azharina, 38, walaupun ramai yang mengecam sikap tidak profesional tersebut, dia meminta orang ramai membiasakan diri dengan jenaka sebegitu daripada Nabil.

“Cakaplah apa sahaja, dia tetap Nabil. Hauk macam mana pun, dia sebenarnya individu yang baik di belakang tabir

“Namun dia tiada ‘sensor filter’ (penapis) dan sensor pintar, jadi kita terimalah dengan reda,” kata Azharina kepada Kosmo! Online selepas konsert minggu keenam GV10 di Auditorium MBSA semalam.

Penyanyi yang popular menerusi lagu Elegi Sepi, setiap individu perlu mengamalkan sikap tidak berdendam dengan perkara negatif yang dijadikan gurauan oleh Nabil mahupun rakan gandingannya, Jihan Muse.

“Kita masuk sebarang komen ke telinga kanan, kemudian keluar dari bahagian kiri pula.

“Sebab kalau disimpan, benda itu akan meracun diri sendiri dan tidak mendatangkan hasil pun sebab kita tahu dia seorang pelawak,” jelasnya.

Dalam masa sama, Azharina mengakui turut terasa hati dengan isu membabitkan Jihan yang didakwa mempersendakan nama bapa penyanyi Azmi Saat pada konsert minggu ketiga GV10 baru-baru ini.

“Tentang kes Azmi pula, saya pun ada terasa juga dengan gurauan yang menyentuh isu bapa tetapi Alhamdulillah mereka pun sudah minta maaf.

“Realitinya, mereka memang (Jihan dan Nabil) akan mengeji antara satu sama lain. Itulah mereka ibarat beruk-beruk.

“Tak perlu sentap, buang masa sebab minggu seterusnya dia akan buat hal lagi,” ujarnya.

Sebelum ini isu gurauan ‘body shaming’ di pentas GV kerap dilakukan Nabil sehingga mengundang kecaman ramai.

Semalam, Nabil sekali lagi mencetuskan kemarahan ramai apabila dikatakan menghina rupa paras Jihan dalam gurauannya.

Perkara tersebut membuatkan ramai kurang senang dan meminta Nabil mencari fakta lebih senonoh untuk dijadikan bahan lawak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI