fbpx

Suspek kes langgar lari tular di TikTok ditahan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SEPANG – Pemandu kereta e-hailing yang terbabit dalam kemalangan langgar lari di Jalan Dengkil-Bangi Lama menghala ke Kajang pada Sabtu lalu sudah ditahan polis semalam.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, suspek diberkas di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang di sini.

Ujian saringan awal air kencing mendapati lelaki itu bebas sebarang pengambilan dadah. Suspek dibawa ke Hospital Putrajaya untuk diambil spesimen darah dan air kencing sebelum dihantar ke jabatan kimia.

Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Dalam kejadian pukul 7.52 pagi, Sabtu lalu, sebuah kereta jenis Perodua Bezza yang tertera logo syarikat e-hailing merempuh sebuah kenderaan lain sebelum melarikan diri.

Pada masa sama, satu video turut tular di aplikasi TikTok memaparkan sebuah kereta e-hailing jenis Perodua Bezza berhenti di tepi jalan selepas melanggar sebuah kereta.

Menerusi video itu, dua lelaki dalam kereta itu dilihat berada dalam keadaan tertidur selepas memberhentikan kereta di tepi jalan sebelum didekati pengguna jalan raya lain.

Bagaimanapun, sebaik terjaga tidur, pemandu kereta tersebut bertindak melarikan diri dengan menggunakan kenderaan sama.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI