fbpx

Sungguh tidak patut jadi begini?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAYU hati seorang penyokong hingga hanya mampu termenung sendirian selepas menyaksikan United tewas kepada seteru tetangga, City 3-0 pada aksi derbi di Old Trafford awal pagi semalam.

PEMANDANGAN beribu-ribu tempat duduk kosong di dalam Stadium Old Trafford pada penghujung perlawanan derbi sudah menggambarkan betapa para penyokong berdepan hari yang pedih dan perit lagi menyeksakan apabila menyaksikan Manchester United terkulai di laman sendiri.

Sejurus penghormatan dilakukan ke atas mendiang legenda United, Sir Bobby Charlton, stadium mula menjadi riuh rendah apabila penyokong United mula membakar semangat pemain untuk terus melakukan serangan demi serangan, namun ada perbezaan ketara antara Red Devils dan The Citizens sukar digambarkan.

“Separuh masa pertama, kami bermain dengan sangat baik dan kami bertahan dengan sangat baik. Kami mempunyai rehat yang baik, peluang yang baik, tetapi kami seharusnya mendapatkan lebih banyak manfaat. Kemudian penalti itu mengubah permainan.

“Kami terpaksa menyerang pada separuh masa kedua, kami mahu menjadi lebih kompak. Kami tahu mereka akan menekan kami, naik ke atas dan terus ke lawan kami secara langsung,” kata Pengurus United, Erik ten Hag. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI