fbpx

Rundingan isu Batu Puteh perlu dimuktamadkan -Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar (kiri) ketika mengadakan sidang akhbar bersama Hsien Loong, sempena sesi Pemukiman Pemimpin-pemimpin Malaysia-Singapura Ke-10 di Singapura, hari ini.

PETALING JAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyarankan supaya rundingan berkaitan persempadanan Batu Puteh dimuktamadkan segera.

Bagaimanapun beliau berkata, rundingan berkenaan memerlukan penglibatan Peguam Negara (AG) Malaysia dan Singapura.

“Peguam Negara daripada kedua-dua belah pihak perlu memulakan perbincangan untuk memuktamadkan rundingan secepat mungkin.

“Malaysia dan Singapura perlu menunjukkan bagaimana dua sahabat hebat boleh cuba menyelesaikan dalam situasi menang-menang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan sidang akhbar bersama Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong, sempena sesi Pemukiman Pemimpin-pemimpin Malaysia-Singapura Ke-10 di Singapura, hari ini.

Februari lalu Kosmo! melaporkan, Kerajaan Singapura bersetuju untuk menghentikan sementara kerja-kerja pembangunan dan aktiviti penambakan Batu Puteh susulan bantahan berterusan yang telah dibuat Malaysia.

Timbalan Menteri Luar, Datuk Mohamad Alamin berkata, Malaysia telah menegaskan pendirian bahawa Singapura tidak berhak dan tidak wajar meneruskan perancangan kerja-kerja pembangunan dan aktiviti penambakan sehingga kedua-dua negara memuktamadkan sempadan maritim di perairan tersebut.

Jelas beliau, selain daripada pembatasan sempadan maritim, rundingan bagi membincangkan pelan pembangunan sepihak Singapura di Batu Puteh ini juga telah dimulakan oleh kedua-dua negara.

“Kementerian Luar Negeri bersama-sama agensi-agensi teras kerajaan yang berkaitan sedang meneliti perkembangan semasa dan mengkaji tindakan-tindakan yang boleh diambil dari pelbagai aspek, termasuk berdasarkan undang-undang antarabangsa dan hubungan diplomatik dua hala.

“Malaysia sebagai negara yang bertanggungjawab dan berpendirian, kekal dengan prinsip bahawa perkara ini perlu dikendalikan secara diplomatik dengan niat baik (good faith),” katanya pada sesi penggulungan perbahasan Titah Diraja di Dewan Rakyat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI