fbpx

PNB, KWSP, KWAP meterai perjanjian RM2 bilion dengan Osram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Usaha sama PNB, KWSP dan KWAP dengan Osram bakal memberi pulangan daripada pelaburan yang kompetitif. -Gambar hiasan

PETALING JAYA – Permodalan Nasional Berhad (PNB), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) telah memeterai perjanjian jualan dan pajakan balik dengan Osram Opto Semiconductors Sdn. Bhd. (Osram) dalam aset industri berteknologi tinggi di Kulim II, Kedah.

Perjanjian yang bernilai kira-kira RM2 bilion itu dijangka dimuktamadkan sehingga bulan Disember ini yang mana setiap pelabur memegang saham sebanyak 33.3 peratus.

Menurut kenyataan bersama yang dikeluarkan, transaksi tersebut  bakal menawarkan peluang yang unik baik bagi PNB, KWSP dan KWAP untuk melabur dalam hartanah industri hartanah berspesifikasi tinggi di Malaysia dan menawarkan pulangan yang kompetitif.

“Pelaburan itu adalah untuk tempoh 10 tahun dengan strategi keluar yang jelas,” katanya di sini.

Selain itu, pelaburan yang menjadi pemangkin kepada Pelaburan Terus Asing (FDI) itu akan membolehkan rakan niaganya membangunkan modal yang banyak di negara ini.

“Persepakatan ini adalah tanda kepada salah satu misi rangka kerja ekonomi Madani yang bertujuan untuk membangunkan Malaysia sebagai salah satu peneraju dalam ekonomi di pasaran Asia dan meningkatkan daya saing global serta memberi kesan kepada pertumbuhan pelaburan berimpak baik untuk negara,” ujarnya.

Kenyataan itu menjelaskan, suntikan modal daripada bidang elektrik dan elektronik itu akan membolehkan sayap perniagaan Osram membangunkan kemudahan pembuatan LED dan LED automatik penuh berukuran lapan inci yang pertama di dunia.

“Kemudahan ini akan mempercepatkan pertumbuhan dan menyokong ekosistem ke arah aktiviti bernilai tingg seperiti fibrakasi semikonduktor,” ujarnya.

Produk Osram yang dikilangkan di Kulim II itu akan menyumbang kepada misi syarikat untuk mengembangkan eksport perkilangan berteknologi tinggi dan mengukuhkan kedudukannya di pasaran global selain mengembangkan peluang perniagaan khususnya dalam bidang sains dan juga semikonduktor berteknologi tinggi. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI