fbpx

Pegawai kerajaan maut ketika daki Everest

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA- Kementerian Luar Negeri melalui Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu, Nepal mengesahkan kematian pegawainya iaitu K. Parthiban, 38, ketika mendaki ke Everest Base Camp (EBC).

Wisma Putra berkata, mendiang meninggal dunia hari ini pada pukul 2.30 pagi (waktu tempatan) di Gorak Shep.

“Pada masa ini, Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu sedang menguruskan untuk membawa turun jenazah dari Gorak Shep ke Kathmandu untuk dibedah siasat di Hospital Teaching, Kathmandu.

“Jenazah mendiang akan dibawa pulang ke Malaysia selepas segala urusan bedah siasat dan dokumentasi selesai,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Wisma Putra berkata, pihaknya juga mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mendiang.

“Kementerian melalui Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu juga akan membantu dalam pengurusan jenazah mendiang untuk dibawa balik ke Malaysia,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI