fbpx

Malaysia-Singapura bekerjasama pastikan kapasiti bekalan air ditingkatkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika sesi sidang akhbar bersama Hsien Loong, di Singapura hari ini.

PETALING JAYA – Kerajaan menyatakan pendirian jelas dan menghormati komitmen negara membekalkan air ke Singapura.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, kedua-dua pihak (Malaysia dan Singapura) perlu bekerjasama dalam memastikan kapasiti Sungai Johor dapat ditingkatkan.

“Kita perlu bekerjasama untuk memastikan Johor dapat meningkatkan kapasiti Sungai Johor.

“Ia perlu bagi membekalkan keperluan Johor yang semakin meningkat dan kepada Singapura juga.

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar menerusi siaran langsung di Facebook, bersama Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong, di Singapura hari ini.

Semalam, Anwar tiba di Singapura untuk lawatan kerja dua hari bersempena Sesi Permukiman Pemimpin-Pemimpin Malaysia-Singapura Ke-10. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI