fbpx

Lawat kilang sarung tangan Hartalega secara maya dari seluruh dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salah satu gambaran yang dapat dilihat melalui NGX, lawatan kilang Hartalega secara maya yang dilancarkan hari ini.

PETALING JAYA – Hartalega Holdings Berhad (Hartalega), pengeluar sarung tangan nitril bermutu tinggi yang terkemuka di dunia, melancarkan Pengalaman Hartalega Generasi Akan Datang (NGX) perkhidmatan baharu yang melibatkan lawatan secara maya 360 darjah di  kilang milik syarikat.

NGX dibangunkan  untuk membolehkan pelanggan dan rakan niaga di seluruh dunia melihat secara dekat proses pengeluaran dan operasi bertaraf dunia di Kompleks Pengilangan Sarung Tangan Bersepadu Generasi Akan Datang (NGC), serta rangkaian produk inovatif Kumpulan bagi pengguna global.

Platform digital ini dicipta dengan kerjasama Accenture, sebuah syarikat perkhidmatan profesional global, untuk mewujudkan pengalaman unik dan peribadi bagi pelanggan Hartalega dan membolehkan proses pembelian pelanggan dengan lebih cekap.

Ketua Pegawai Eksekutif Hartalega, Kuan Mun Leong berkata, platform ini menjadi titik perhubungan tunggal pada bila-bila masa di mana-mana sahaja, membawakan kilang canggih Hartalega yang terletak di Sepang secara maya terus ke depan pintu pelanggan.

“Dengan memanfaatkan teknologi terkini, Hartalega membawakan pengalaman pengeluaran produk terus kepada pihak-pihak berkepentingan menerusi lawatan kilang yang dinamik dan menarik. 

“Sambil meningkatkan capaian dan membolehkan kami mengukuhkan perhubungan dengan pelanggan di seluruh dunia, platform Hartalega NGX memberikan gambaran terperinci tentang kemudahan NGC kami, mengetengahkan inovasi, kecemerlangan dan kualiti luar biasa di sebalik produk yang kami hasilkan dan juga nilai-nilai yang memacu operasi kami. 

“Kemudahan ini juga memperlihatkan komitmen kami kepada prinsip Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG), sambil memaparkan inisiatif kelestarian kami yang menerajui industri,” ujarnya.

Sementara itu Pengarah Urusan Negara,  Accenture Malaysia, Azwan Baharuddin berkata, kerjasamanya dengan Hartalega menggabungkan teknologi dan kreativiti untuk membayangkan semula pengalaman pelanggan dan menggalakkan penglibatan mereka secara lebih mendalam, peribadi dan terhubung. 

Inisiatif ini memacu Hartalega untuk memanfaatkan peluang pertumbuhan baharu dan menekankan nilai yang boleh dihasilkan oleh rakan-rakan OEM Hartalega kepada pihak-pihak berkepentingan mereka menerusi pelbagai penyelesaian inovatif dan inisiatif ESG.

Platform pelanggan maya menggunakan kecerdasan buatan (AI) generatif untuk menyediakan pengalaman bersifat peribadi, dan boleh diakses menerusi komputer meja, peranti mudah alih dan set kepala realiti maya. 

Pelanggan boleh menikmati pengalaman NGC yang sangat realitistik untuk mendapatkan kefahaman tentang proses pengeluaran dan teknologi hak milik Hartalega. 

Diiringi oleh suara pemandu lawatan, pelanggan juga boleh berinteraksi dengan titik sentuhan interaktif untuk meneroka fungsi dalaman barisan pengeluaran dan amalan lestari Hartalega.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI