fbpx

Bidaan tertinggi jam Rolex Dr. Zulkifli kini RM130,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zulkifli dan jam berjenama Rolex miliknya kurniaan Raja Salman pada tahun 2017.

PETALING JAYA – Jam berjenama Rolex milik Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri kini mencatatkan bidaan tertinggi sebanyak RM130,000.

Menerusi ruangan komen pada hantaran di Facebook beliau, nilai berkenaan adalah jumlah yang dicatatkan setakat pukul 9.35 malam ini, selepas 11 jam tempoh bidaan.

“Makluman terkini jam 9.35 malam, 30 Oktober 2023. Bidaan tertinggi adalah sebanyak RM130,000,” katanya ringkas.

Sebelumnya Kosmo! melaporkan, Zulkifli memutuskan untuk membida jam Rolex pemberian Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud itu dengan permulaan sebanyak RM40,000, hari ini.

Hasil bidaan itu katanya, akan disalurkan sepenuhnya kepada kebajikan rakyat Palestin.

“Harga tapak RM40,000. Kenaikan bermula RM100 ke atas. Bidaan akan ditutup pada 31 Oktober 2023 jam 12.00 tengah malam,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI