fbpx

Konflik Palestin-Israel:Orang ramai serbu lapangan terbang buru penumpang Yahudi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan terkawal selepas pihak berkuasa tiba di tempat kejadian. – TASS

MAKHACHKALA, DAGESTAN – Israel mendesak agar Russia melindungi semua rakyatnya dan orang Yahudi selepas kumpulan orang ramai menyerbu lapangan terbang di Dagestan untuk mencari penumpang Yahudi, lapor Badan Penyiaran Britain (BBC) semalam.

Rakaman video di lokasi kejadian menunjukkan orang ramai membanjiri lapangan terbang di Makhachkala dan memburu penumpang yang baru tiba dari Tel Aviv.

Sebilangan mereka berlari ke arah landasan lalu mengepung pesawat.

Video di media sosial menunjukkan beratus-ratus orang menyerbu terminal lapangan terbang dengan sebilangan  mereka mengibarkan bendera Palestin.

Agensi penerbangan Russia, Rosaviatsia berkata, keadaan bagaimanapun kembali terkawal selepas pihak berkuasa tiba di tempat kejadian.

Tambahnya, lapangan terbang itu akan ditutup sementara sehingga 6 November ini.

Sebelum itu, laporan media tempatan menyebut sebilangan penunjuk perasaan menghentikan kereta di luar bangunan lapangan terbang serta meminta penumpang menunjukkan dokumen perjalanan bagi mencari pemegang pasport Israel.

Menurut pegawai kesihatan, beberapa orang cedera dalam kejadian tersebut.

Dagestan merupakan sebuah republik Russia yang kebanyakan penduduknya beragama Islam.

Ia terletak di Caucasus Utara serta menempatkan kira-kira 3.1 juta penduduk di pinggir barat Laut Caspian. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI