fbpx

Konflik Palestin-Israel: Pertempuran darat Hamas, Zionis kian sengit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kenderaan berperisai askar Israel mengambil kedudukan di utara Semenanjung Gaza hari ini. – AFP

BANDAR GAZA – Sayap tentera Hamas mendedahkan bahawa pasukan pejuangnya sedang bertempur secara sengit dengan askar Israel di Gaza.

Pengumuman terbaharu itu dilakukan ketika Rejim Zionis mengerahkan lebih banyak tentera daratnya ke seluruh wilayah Palestin itu.

“Pasukan pejuang kami terlibat dalam pertempuran sengit dengan mesingan dan senjata antikereta kebal dalam menentang tentera penjajah (Israel) di barat laut Gaza,” kata Briged Al-Qassam dalam satu kenyataan akhbar.

Tentera Israel hari ini mengumumkan ia meningkatkan bilangan anggota yang bertempur di Semenanjung Gaza ketika Rejim Zionis memperluas skala peperangan dengan Hamas.

“Bagi sepanjang malam, kami meningkatkan kemasukan anggota Pasukan Pertahanan Israel (IDF) di Semenanjung Gaza.

“Mereka menyertai anggota yang sudah sedia bertempur di situ,” kata jurucakap tentera Israel, Daniel Hagari dalam taklimat yang disiarkan di televisyen. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI