fbpx

Konflik Palestin-Israel: Hamas lancar serang hendap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pejuang Hamas keluar dari terowong di Gaza pada jarak hanya beberapa ratus meter dari sempadan Israel dekat Lintasan Erez. – Getty Images

BANDAR GAZA – Pejuang Hamas keluar dari rangkaian terowong bawah tanah  dan menyerang hendap askar Israel yang beroperasi di utara Semenanjung Gaza, lapor akhbar Daily Express semalam.

Petang semalam, barisan pejuang Palestin itu dilaporkan keluar dari terowong berkenaan di Gaza pada jarak beberapa ratus meter dari sempadan Israel dekat Lintasan Erez, lapor saluran radio Israel, Army Radio.

Menurutnya, sebilangan askar Israel terbunuh dalam pertempuran itu, manakala bedilan mortar Hamas mengaktifkan siren amaran di Netiv Ha’asara. Tentera Israel bagaimanapun tidak mengulas secara terbuka mengenai insiden itu.

Perkembangan itu berlaku pada malam kedua pencerobohan Israel di utara Semenanjung Gaza. Tentera Israel turut meluaskan operasi darat di wilayah Palestin tersebut.

Tentera Israel berkata, jet-jet pejuangnya telah menyerang lebih 450 sasaran di Gaza dalam tempoh  24 jam lalu, manakala seorang pegawainya parah akibat  terkena peluru mortar di utara Gaza.

Tidak seperti pencerobohan darat sebelum ini, tentera Israel kali ini tidak berundur dari Gaza selepas memasuki wilayah tersebut.

Terdapat juga beberapa laporan mengenai pertempuran berterusan melibatkan kereta kebal, infantri dan unit sokongan udara Israel di utara Gaza. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI