fbpx

Konflik Palestin-Israel: Askar Zionis kibar bendera Israel di Gaza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BENDERA Israel dikibarkan oleh seorang askar (kiri) dan kereta kebal Rejim Zionis di Gaza. - Foto @IsraelHayomHeb/AFP

BANDAR GAZA  – Tentera  Rejim Zionis yang mara lebih 3.21 kilometer  di Semenanjung  Gaza, mengibarkan bendera Israel buat kali pertama dalam wilayah Palestin itu sejak 18 tahun lalu, demikian menurut rakaman video baharu seperti laporan akhbar New York Post semalam.

Gambar askar Israel  mengibarkan bendera itu pertama kali disiarkan media sosial Yahudi, Israel Hayom kelmarin.

“Askar Batalion 52 Briged 401 sedang mengibarkan bendera Israel di tepi sebuah pantai di Gaza,” kata seorang anggota tentera Rejim Zionis dalam klip video itu. 

Ia dipercayai kali pertama bendera Israel dikibarkan di  Gaza sejak 2005, apabila penempatan Yahudi terakhir di wilayah Palestin itu dipindahkan, lapor akhbar Jerusalem Post.

Tentera Israel masih belum mengulas tentang video tersebut, manakala Hamas juga tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenainya.

Walaupun terdapat dakwaan bahawa bendera itu dikibarkan di tengah Gaza, saluran berita  CNN melaporkan bahawa lokasi rakaman video itu ialah di utara Gaza, kira-kira 3.21 kilometer dari sempadan.

Seorang wartawan Palestin, Younis Tirawi mendakwa video itu dirakam dekat Resort Bianco, menghadap Laut Mediterranean. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI