fbpx

Kedah berisiko dilanda puting beliung berterusan sehingga November

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang penduduk melihat keadaan bumbung rumahnya yang diterbangkan pusaran angin dalam kejadian di Kampung Manggol Bongor di Pida 2, Kodiang, semalam. Foto oleh SHAHIR NOORDIN/ KOSMO!

ALOR SETAR – Kedah masih berdepan risiko kejadian puting beliung sepanjang fasa peralihan monsun bermula pertengahan September lalu dan dijangka berterusan sehingga awal November ini.

Pengarah Pejabat Meteorologi Kedah, Muhammad Khalil Abd. Aziz berkata, semasa tempoh peralihan antara Monsun Barat Daya dan Monsun Timur Laut ini, keadaan cuaca akan cerah pada waktu pagi dan mengalami ribut petir, hujan lebat serta angin kencang sebelah petang hingga malam.

Beliau berkata, corak cuaca pada ketika ini juga boleh menyebabkan berlakunya kejadian puting beliung seperti yang berlaku di Kodiang, dekat sini pada semalam.

“Selain itu, kesan cuaca ketika fasa peralihan monsun ini juga boleh menyebabkan kejadiaan banjir kilat, kepala air, pokok tumbang, tanah runtuh, panahan kilat dan kerosakan struktur tidak kukuh,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Justeru itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya lebih berwaspada dengan situasi cuaca ketika ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI