fbpx

Jackie, Grace bakal dapat jurulatih baharu?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JACKIE buat masa ini masih berlatih di bawah program Gu Yuan walaupun jurulatih itu sudah pulang ke China baru-baru ini. - ASIAN ATHLETICS ASSOCIATION

KESATUAN Olahraga Malaysia (KOM) mahu memanfaatkan tajaan bernilai RM5 juta hasil kerjasama strategik dengan syarikat konglomerat dari Borneo, Cahya Mata Sarawak Berhad dengan mendapatkan khdimat jurulatih import baharu.

Pengarah Teknikal KOM, Robert Ballard menjelaskan, perkara itu sememangnya berada dalam perancangannya memandangkan ada kekosongan jawatan untuk acara baling tukul besi menggantikan tempat Gu Yuan yang sudah kembali ke China.

Menurutnya, ia antara sebab beliau ‘terbang’ ke Mokpo City, Korea Selatan baru-baru ini untuk meninjau calon-calon jurulatih yang berpotensi selain memberi bantuan dan sokongan kepada barisan atlet negara.

“Dia (Gu Yuan) sudah berada di China sekarang dan saya juga berjumpa dengannya di Mokpo ketika itu. Ia antara sebab utama kenapa saya pergi ke sana untuk mencari calon sesuai jurulatih baling tukul besi.

“Bukan sahaja Asia tetapi saya juga melihat calon-calon berpotensi dari Australia dan Amerika Syarikat. Kita perlu ada jurulatih dedikasi khas untuk baling tukul besi demi perkembangan atlet-atlet.

“Saya mencari seorang berinspirasi, pintar dan profesional yang boleh membawa jurulatih kita selari dengan pendekatan strategi terkini berprestasi tinggi,” katanya ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.

Kekosongan jawatan itu perlu diisi segera memandangkan acara baling tukul besi sentiasa berjaya menghadirkan pingat buat Malaysia menerusi dua jaguh, Jackie Wong Siew Cheer dan Grace Wong Xiu Mei.

Justeru, penajaan bernilai RM5 juta dengan Cahya Mata Sarawak selama tiga tahun bermula 2023 hingga 2025 dilihat hadir pada waktu tepat untuk membawa olahraga negara ke satu tahap lebih tinggi di peringkat antarabangsa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI