fbpx

Ibu mentua melaram baju pengantin, enggan kalah pada menantu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ibu mentua dan kakak ipar pengantin perempuan memakai busana menyerupai pengantin. – TikTok

JAKARTA – Sebuah video memaparkan rombongan pengantin sedang berarak dalam majlis perkahwinan menjadi perhatian pengguna media sosial yang hairan melihat terdapat tiga pengantin perempuan, lapor laman berita Merdeka kelmarin.

Majlis tersebut berlangsung di Cigondewah, Bandung.

Ia memaparkan rombongan pengantin yang berarak sambil membawa pelbagai barang hantaran.

Namun, apa yang menarik perhatian adalah terdapat tiga wanita memakai busana pengantin lengkap dengan tiara.

Senario itu membuatkan netizen tertanya-tanya siapa pengantin yang sebenar.

Menjawab persoalan tersebut, pengantin sebenar yang dikenali sebagai Salsabila tampil menjelaskan bahawa dua wanita memakai busana berwarna kelabu itu ialah ibu mentua dan kakak iparnya.

Salsabila turut memuat naik gambar mereka sekeluarga menunjukkan dia memakai busana pengantin mengikut adat Sunda.

Video tersebut menjadi tular dan menerima pelbagai komen netizen.

“Ibu mentua tidak mahu kalah dengan pengantin,” kata seorang netizen.

“Keliru yang mana satu pengantin,” ujar pengguna lain. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI