fbpx

Gagal hadir, mahkamah syariah keluar waran tangkap terhadap bekas ADUN Pertang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mahkamah Tinggi SyariahSeremban hari ini mengeluarkan waran tangkap terhadap Noor Azmi kerana gagal hadir bagi prosiding pengesahan pernikahan dengan isteri keduanya.

SEREMBAN – Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini mengeluarkan waran tangkap ke atas bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pertang, Noor Azmi Yusof kerana gagal hadir bagi prosiding pengesahan pernikahan dengan isteri kedua.

Hakim Syarie Ruzita Ramli memerintahkan demikian terhadap Noor Azmi, 56, selaku respondan selepas ahli politik itu tidak memberi kerjasama kepada pemohon, Norhaya Rahmat, 50, yang dinikahinya pada 27 Julai lalu.

“Memandangkan kes ni memerlukan kehadiran responden, mahkamah arahkan satu waran tangkap dikeluarkan kepada responden (Noor Azmi),” katanya.

Pada prosiding itu, Norhaya yang tidak diwakili peguam memaklumkan dia sudah menghubungi Noor Azmi beberapa kali, tetapi tidak dijawab dan hanya mengetahui alamat pejabat lelaki itu di Jelebu.

Norhaya berkata, mereka kini bukan lagi suami isteri selepas diceraikan Noor Azmi melalui WhatsApp pada 17 Ogos lalu. Mahkamah menetapkan 14 Disember ini untuk sebutan semula kes bagi pengesahan nikah.

Ketika ditemui di luar mahkamah, wanita itu yang bekerja sebagai juruaudit sebuah syarikat swasta berkata, dia terkejut apabila mendapati pernikahannya tidak didaftar secara sah walaupun bernikah di Malaysia selepas ingin membuat pengesahan cerai.

Norhaya memaklumkan dia dinikahkan oleh kadi Pejabat Agama Islam dari Jelebu di sebuah hotel di Seremban, namun diceraikan dalam tempoh tidak sampai sebulan.

“Bekas suami kata kadi itu rakannya dan pernikahan tersebut sah mengikut syarak. Saya memang fikir ia melalui prosedur yang sah mengikut undang-undang memandangkan pernikahan diwalikan abang kandung saya.

“Dia turut berjanji akan menguruskan pendaftaran pernikahan dengan kerjasama kadi terbabit, namun perkara itu tidak terjadi sehingga dia menceraikan saya,” katanya.

Menurut Norhaya, dia terpaksa menguruskan pendaftaran perkahwinan mereka secara bersendirian pada 11 September lalu bagi tujuan pengesahan cerai. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI