fbpx

Fazura kutuk Angelina Jolie acah-acah ‘buta’ kezaliman Zionis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PELAKON popular tanah air, Fazura mengutuk pendekatan neutral bintang dunia. Angelina Jolie berhubung konflik Palestin-Israel.

PETALING JAYA – Pelakon dan usahawan Fazura memberi teguran buat selebriti antarabangsa Angelina Jolie yang memilih jalan ‘neutral’ atau selamat berhubung konflik Israel-Palestin.

Fazura atau nama sebenarnya, Nur Fazura Sharifuddin menasihatkan pelakon filem Maleficent itu agar usah takut bercakap perkara yang benar tentang kesengsaraan yang dialami rakyat Palestin.

“Tolonglah Angie (Angelina Jolie). Jangan takut untuk bercakap perkara yang benar.

“Anda tahu lebih berbanding apa yang anda tulis (kenyataan yang dimuat naik dalam media sosial,” coret Fazura menerusi ruangan komen aktres itu seraya menyertakan tanda pagar give them back their land (beri balik tanah Palestin).

Menjengah komen individu lain dalam hantaran dimuat naik Angelina atau nama sebenarnya, Angelina Jolie Voight, ramai yang mengutuk kenyatan berbaur neutral (memilih jalan selamat) yang diambilnya.

“Terima kasih tetapi jangan takut cakap perkara yang benar. Perkataan-perkataan yang sebenar adalah: penjajahan, apartheid dan pembunuhan beramai-ramai,” tulis seorang pengguna Instagram.

Angelina menjadi antara selebriti Hollywood yang akhirnya bersuara mengenai krisis Israel-Palestin.

Bagaimanapun, ramai yang tidak berpuas hati dengan kenyataannya yang sepertinya melindungi Zionis atau Israel sedangkan seramai 8,000 rakyat Palestin telah terbunuh disebabkan kezaliman tentera negara tersebut.

Selain bergelar pelakon, Angelina merupakan antara aktres yang terkenal dengan aktiviti kemanusiannya termasuk membantu pelarian-pelarian negara bergolak seluruh dunia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI