fbpx

Dewan Rakyat: Tak payah tunjuk garanglah – Shahidan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Persidangan Dewan Rakyat kecoh selepas Shahidan menuduh seorang Ahli Parlimen PH menyokong Israel.

KUALA LUMPUR – Persidangan Dewan Rakyat hari ini kecoh selama beberapa minit apabila Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim mendakwa Jimmy Puah Wee Tse (PH-Tebrau) menyokong Israel.

Jimmy Puah yang jelas tidak berpuas hati dengan tuduhan tersebut menggesa Shahidan menarik balik kenyataan berkenaan yang disifatkan sebagai jangkaan jahat dan fitnah terhadapnya.

“Saya harap YB Arau boleh tarik pendirian itu. Kalau tengok media sosial… Facebook saya, saya bersolidariti dengan Palestin,” katanya.

Shahidan ketika diminta Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Alice Lau Kiong supaya mengemukakan bukti Jimmy Puah menyokong Israel berkata, perkara itu tular di media sosial.

“Kalau dia (Jimmy Puah) kata tak betul (dia menyokong Israel) bagus. Saya bukan macam awak semua (Ahli Parlimen PH) menuduh orang tidak berhenti.

“Perangai saya kalau betul dia tak cakap ok Alhamdulillah. tetapi kerajaan sendiri mesti keluarkan pendirian kita menentang perbuatan Israel,” katanya.

Jawapan beliau itu namun menimbulkan rasa tidak puas hati Ahli Parlimen kerajaan yang lain dan menjerit mendesak supaya beliau menarik balik kenyataannya.

“Kalau dia kata tidak sokong israel saya tarik baliklah. Yang lain menyibuk buat apa. Tak payah tunjuk garanglah,” kata Shahidan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI