fbpx

Dewan Rakyat: RM505 juta duit vaksin Covid-19 hangus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mendapati terdapat 8.5 juta dos vaksin Covid-19 bernilai RM505 juta telah luput sejak 1 Jun lalu.

Menurut PAC, jumlah unjuran keperluan vaksin adalah 83.3 juta dos dan sebanyak 72.8 juta dos telah diberikan iaitu 88 peratus daripada unjuran tersebut.

“Namun sejumlah 8.5 juta dos vaksin telah luput sehingga 15 Jun 2023 yang bernilai RM505 Juta.

“Jangka vaksin yang telah luput hayat boleh dipanjangkan sehingga 18 bulan mengikut tarikh vaksin itu dihasilkan,” kata PAC.

Perkara itu didedahkan dalam laporan PAC berhubung Pengurusan Wabak Covid-19: Vaksin Luput Tempoh Hayat, Peralatan Ventilator Tidak Dapat Digunakan dan Lebihan Peralatan Perlindungan Diri (PPE).

Menurut PAC, punca lebihan vaksin adalah kerana sambutan vaksinasi Covid-19 yang rendah khususnya dos penggalak disebabkan pengambilan dos penggalak adalah secara sukarela.

PAS berkata, ia juga berpunca daripada perasaan takut kepada kesan sampingan vaksin ekoran penyebaran maklumat tidak benar mengenai pengambilan vaksin Covid-19.

Jelas PAC, punca lain adalah penerimaan bekalan vaksin di mana vaksin yang ditempah tidak diterima mengikut jadual susulan permintaan global yang sangat tinggi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI