fbpx

Bidaan terkini jam Rolex Dr. Zulkifli cecah RM110,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jam mewah berjenama Rolex milik Zulkifli pemberian Raja Salman yang sedang dibida.

PETALING JAYA – Bidaan jam berjenama Rolex milik bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, kini mencecah RM110,000.

Menerusi ruangan komen pada satu hantaran beliau di Facebook, nilai bidaan tertinggi itu adalah jumlah yang dicatatkan setakat pukul 3.29 petang ini.

“Makluman terkini jam 3.29 petang, 30 Oktober 2023. Bidaan tertinggi adalah sebanyak RM 110,000.00,” katanya.

Terdahulu Kosmo! melaporkan, Zulkifli bertindak membuka bidaan jam Rolex pemberian Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud sebanyak RM40,000, hari ini.

Hasil bidaan itu katanya, akan disalurkan sepenuhnya kepada kebajikan rakyat Palestin.

“Harga tapak RM40,000. Kenaikan bermula RM100 ke atas.

“Bidaan akan ditutup pada 31 Oktober 2023 jam 12.00 tengah malam,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI