fbpx

‘Saya kena campak dalam tongkang’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Husna antara lapan warga asing yang dikesan tidak memiliki sebarang dokumen serta tinggal lebih masa dalam Operasi Bersepadu 'Op Sabong' di Bandar Baru Nilai, di sini, malam tadi.

SEREMBAN – Hasrat seorang wanita warga asing untuk berlibur menghabiskan cuti bersama rakannya menjadi mimpi ngeri selepas dia ditahan dalam Op Sabung, di Bandar Baru Nilai, di sini, malam tadi.

Wanita berkenaan yang hanya ingin dikenali sebagai Husna, 50, berkata, dia baharu sahaja sampai ke daerah itu setelah mendapat cuti selama satu hari sebagai pengasuh di rumah majikannya di Sepang, Selangor.

Dia yang berasal dari Medan, Indonesia, memberitahu, peluang cuti berkenaan digunakan sebaik mungkin bertemu dengan rakan senegaranya, namun segalanya bertukar menjadi duka apabila kami tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah ke negara ini.

“Saya datang ke Malaysia sebab tertarik dengan tawaran ejen pekerjaan. Katanya dengan bayaran RM8,000, saya akan dapat kerja di sini. Semua dokumen akan diuruskan ejen. Saya ini ibu tunggal dan mempunyai empat orang anak yang masih belajar jadi saya mahu bekerja di sini untuk membiayai mereka di Indonesia,” katanya.

Ketika ditanya kemungkinan akan di hantar pulang selepas ditangkap pihak berkuasa, dia merayu untuk tinggal lebih lama di negara ini untuk bekerja.

Menurutnya, dia baru sahaja setahun bekerja di negara ini dan datang ke sini juga dalam keadaan mengejutkan.

“Tiba-tiba sahaja saya kena campak naik tongkang dari Dumai (Indonesia). Semua dokumen hilang, ejen pun hilang. Lima jam juga dalam tongkang. Saya ingat sampai di perlabuhan tetapi tidak.

“Kami diturunkan di tepi kawasan hutan dan berjalan agak jauh selama sejam. Bila dah sampai di luar ada kereta jemput,” katanya yang bekerja kali pertama di Perak juga sebagai pengasuh.

Husna antara lapan warga asing yang dikesan di lokasi tersebut malam tadi tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan.

Operasi selama enam hari bermula 24 Oktober lalu itu turut disertai Menteri Besar Negeri Sembilan yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri (JKKN) negeri, Datuk Seri Aminuddin Harun serta 10 agensi penguat kuasa serta berkaitan bagi menangani masalah lambakan warga asing di kawasan Nilai.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI