fbpx

‘Tiada istilah kita benci anak sendiri’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
YUSOF Haslam menitiskan air mata bercakap tentang kerinduan terhadap Syamsul Yusof.

PETALING JAYA – Jangan tunggu bapa kau dah tak ada baru nak cari”.

Demikian luah penerbit filem terkenal, Datuk Yusof Haslam buat anaknya, Syamsul Yusof yang didakwa sudah setahun tidak pulang ke rumah bertemu keluarga.

Katanya, perkara tersebut terpaksa diluahkan supaya putera sulungnya itu tidak berputih mata andai dia atau isteri, Datin Patimah Ismail dijemput Ilahi pergi dahulu sebelum sempat mereka bertemu.

“Kami sudah menjangkau usia 70 tahun depan. Ramai rakan seperjuangan saya telah pergi,” katanya ketika wawancara sebuah program hiburan hari ini.

Sebagai orang tua, Yusof mengakui tiada perkara yang lebih penting dalam kehidupan mereka berbanding kebahagiaan serta kesejahteraan anak-anak.

“Jangan anggap apa yang ibu bapa luahkan kerana mahu merendahkan kamu. Kami sentiasa mendoakan yang terbaik.

“Papa rasa jiwa kamu akan lagi tenang kalau kamu berbaik dengan keluarga, terutama ibu.

“Wang bukan segala-galanya. Dalam solat kami mendoakan kamu,” ujarnya.

Yusof, 69, mendedahkan kali terakhir berjumpa Syamsul adalah sekitar 2022 iaitu selepas beberapa tahun pengarah KL Gangster itu tidak pulang ke rumah.

“Saya pun tak ingat bila kali terakhir (balik). Rasanya tahun sudah (lalu) bila mak mentua saya sakit. Itu pun mak dia hubunginya, kami ada berbual sekejap.

“Sebelum itu dah bertahun dia tak balik. Tak mengapa, saya tak marah. Tak anggap bukan-bukan. Kalau dia tak mahu balik pun terserlah,” ulasnya.

Ditanya sama ada merindui puteranya itu, Yusof tidak mampu menahan air mata daripada gugur mengenangkan rajuk kesayangannya.

Kata bapa kepada tiga cahaya mata itu, biar apa pun yang berlaku, semua itu tidak pernah mengubah kasih sayang keluarga terhadapnya.

“Mestilah rindu. Kita sayang anak kita kan.Tiada istilah kita benci anak sendiri tapi jiwa saya dan isteri sebenarnya dah tenang.

“Saya dah letih menangis sampai bengkak mata. Kami terima semua yang berlaku ini.

“Kepada Syamsul, papa doakan semoga filem-filem berjaya, KL Gangster dapat sambutan yang baik.

“Papa akan tetap menyokong walaupun kamu tak bersama Skop Production. Tiada dendam, benci. Papa tetap sokong kamu,” luahnya.

Isu pengarah berusia 38 tahun tidak pulang bertemu ibu bapanya terbongkar ketika kemelut rumah tangga dengan bekas isterinya, Puteri Sarah hangat diperkatakan awal tahun ini. – HIBGLAM

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI