fbpx

Tiada elemen provokasi, konfrontasi pelancaran Minggu Solidariti Palestin di sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara yang hadir pada pelancaran Minggu Solidariti Palestin peringkat sekolah di Sekolah Kebangsaan Seri Saujana, Kota Tinggi hari ini.

KOTA TINGGI – Tiada elemen provokasi dan konfrontrasi berlaku pada pelancaran Minggu Solidariti Palestin peringkat Sekolah Kebangsaan Seri Saujana di sini, hari ini.

Tinjauan mendapati ibu bapa dan anak-anak mengenakan pakaian bertemakan Palestin untuk menunjukkan solidariti dan simpati di atas peperangan yang berlaku di Gaza.

Ada daripada mereka yang memakai mafla dan pengikat kepala tertulis bebaskan Palestin.

Bagaimanapun, tiada ibu bapa atau pelajar yang membawa replika senjata atau mengenakan ikon atau simbol yang dilarang Kementerian Pendidikan (KPM).

Terdahulu, KPM akan melaksanakan Minggu Solidariti Palestin di semua institusi pendidikan di bawah KPM bermula hari ini hingga 3 November ini bagi menyahut pendirian kerajaan untuk terus bersama-sama mempertahankan hak dan kebebasan rakyat Palestin.

KPM menerusi kenyataan memaklumkan program itu akan diadakan di sekolah, kolej vokasional, kolej matrikulasi dan institut pendidikan guru di seluruh negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI