fbpx

Terbuka Perancis: Tze Yong kandas di separuh akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hasrat perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong untuk melangkah ke final kedua musim ini lebur selepas tewas di separuh akhir Terbuka Perancis kepada Li Shi Feng dari China. - AFP

KUALA LUMPUR – Langkah perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong pada kejohanan badminton Terbuka Perancis tersekat di pusingan separuh akhir selepas tewas kepada pemenang pingat emas Sukan Asia Hangzhou 2022 dari China, Li Shi Feng.

Pada perlawanan yang berlangsung di Glaz Arena, Rennes awal pagi tadi, Tze Yong terpaksa akur dengan kehebatan Shi Feng apabila tewas menerusi aksi straight set 17-21, 12-21 dalam tempoh 47 minit.

Kekalahan itu menyaksikan hasrat Tze Yong untuk melangkah ke pentas akhir buat kali kedua pada saingan musim ini tidak tertunai selepas berjaya melakukannya ketika muncul naib juara di Terbuka Arctic dua minggu lalu.

Untuk rekod, keputusan itu turut menyaksikan Tze Yong masih belum mencatat sebarang kemenangan ke atas Shi Feng dalam lima pertemuan selepas empat perlawanan terdahulu turut memihak kepada pemain China berkenaan.

Pada perlawanan akhir hari ini, Shi Feng dijadualkan membuat perhitungan dengan pilihan kelima dari Indonesia, Jonatan Christie yang menewaskan pemain Singapura, Loh Kean Yew menerusi aksi straight set 21-18, 21-13. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI