fbpx

Skuad Uniti JPNIN bantu agensi keselamatan urus mangsa banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Che Roslan (dua dari kanan) melawat gerai pameran penduduk KRT sempena Program Eksplorasi Rukun Negara Peringkat Negeri Kelantan di SK Sri Wangi 2 di Gua Musang semalam. - Foto oleh AIMUNI TUAN LAH / KOSMO!

GUA MUSANG – Skuad Uniti yang ditubuhkan oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) akan diaktifkan bagi membantu agensi keselamatan yang terlibat semasa bencana banjir berlaku di kawasan penduduk.

Ketua Pengarahnya, Datuk Che Roslan Che Daud berkata, skuad itu bersiap sedia membantu penduduk di Kawasan Rukun Tetangga (KRT) menghadapi sebarang kemungkinan banjir pada musim Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka bermula November ini.

Katanya, skuad itu juga akan terus giat memantau keadaan semasa kawasan dilanda banjir di Kelantan bagi memastikan keselamatan penduduk terus terjamin.

“Kita ada satu jawatankuasa Skuad Uniti yang akan membantu apabila berlaku bencana dalam komuniti tersebut.

“Skuad Uniti akan bekerjasama dengan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis dan agensi-agensi lain,” katanya selepas Program Eksplorasi Rukun Negara Peringkat Negeri Kelantan di Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Wangi 2 di sini, semalam.

Che Roslan memberitahu, penduduk di kawasan mudah banjir perlu berjaga-jaga sepanjang masa bagi menghadapi musim tengkujuh.

Katanya, semua pihak perlu bersiap sedia dan bekerjasama dengan semua agensi keselamatan sekiranya diarahkan berpindah ke kawasan selamat.

“JPNIJ tiada peruntukan khusus semasa banjir, tetapi kita akan menggembleng tenaga dengan semua agensi untuk membantu. Paling penting tenaga kita untuk membantu agensi yang lain yang ada peruntukan khusus,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI