fbpx

Sewa rumah murah, Nilai ‘penuh’ warga asing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara warga asing yang diperiksa pada Operasi Bersepadu 'Op Sabong' Agensi-Agensi Keselamatan dan Penguatkuasaan Negeri Sembilan 2023 di Bandar Baru Nilai, malam tadi. - Foto oleh MOHD SHAHJEHAN MAAMIN / KOSMO!

SEREMBAN – Sewa rumah yang lebih murah menjadi faktor golongan majikan warga asing di negeri lain menjadikan Nilai pusat penempatan pekerja mereka sehingga berlaku lambakan di lokasi tersebut.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, keadaan itu seterusnya banyak menimbulkan masalah kepada masyarakat setempat termasuk dari segi kebersihan.

Menurutnya, malah ada sesetengahnya juga bersikap terlalu kurang ajar sehingga lupa asal usul serta peluang yang diberikan kepada mereka untuk berkerja di negara ini.

“Kita tidak mahu mereka jadikan Nilai ini sebagai tempat pengumpulan pekerja, meletakkan pekerja awal sebelum dihantar ke tempat yang lain,” katanya selepas Operasi Bersepadu ‘Op Sabong’ Agensi-Agensi Keselamatan dan Penguatkuasaan Negeri Sembilan 2023 di Nilai, di sini, malam tadi.

Dalam operasi yang dijalankan selama enam hari sejak 24 Oktober lalu, lebih 1,000 warga asing diperiksa dan 185 tangkapan dibuat atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen, 254 premis telah diperiksa.

Ujar Aminuddin, Op Sabong juga telah berjaya merampas sejumlah 600 botol atau tin bir dan 51 peket rokok pelbagai jenama yang diseludup dan disyaki mengelak daripada dikenakan cukai kastam, serta 10 peket syabu dan 14 peket heroin. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI