fbpx

PN akan pastikan Palestin dapat keadilan – Hamzah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan. - Foto oleh AMIR KHALID / KOSMO!

PETALING JAYA – Perikatan Nasional (PN) akan terus berdiri teguh bersama rakyat Palestin, kata Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Tegas beliau, PN akan mengunakan semua saluran dan rangkaian bagi memastikan Palestin mendapat keadilan, pembelaan dan bantuan di semua peringkat.

“Terima kasih kepada puluhan ribu rakyat Malaysia yang hadir bersolidariti bersama Palestin (semalam).

“Inilah suara Malaysia, suara keamanan, suara yang mahukan keadilan, suara yang menuntut kemerdekaan buat bangsa Palestin,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Semalam Kosmo! melaporkan, ribuan peserta ‘Himpunan 10K Solidariti Palestin’ meluahkan rasa puas hati kerana dibenarkan melaungkan takbir selain membawa sepanduk memaparkan wajah Presiden Israel ketika berarak di pusat bandar.

Himpunan yang disertai lebih 10,000 orang itu berarak dari Masjid KLCC ke Kedutaan Amerika Syarikat (AS), Kuala Lumpur bagi menyatakan bantahan terhadap kekejaman rejim Zionis. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI