fbpx

Pengguna berhak dapat harga terendah jika harga di rak dan sistem berbeza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Orang ramai berhak mendapat harga terendah sekiranya harga yang dipamerkan untuk sesuatu barangan berbeza dengan sistem di kaunter bayaran.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Fuziah Salleh berkata, jika peniaga enggan memberi harga terendah, pengguna diminta melaporkan perkara itu kepada KPDN.

“Sebelum membuat pembayaran, jangan lupa semak harga untuk pastikan harga di rak dan sistem adalah sama.

“Jika harga yang dipaparkan adalah berbeza, pengguna berhak mendapatkan harga terendah.

“Apa yang harus dilakukan jika peniaga enggan memberikan harga terendah? Laporkan kepada KPDN,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Fuziah berkata, laporan boleh dibuat kepada Bahagian Penguatkuasa KPDN melalui WhatsApp 019-279 4317 atau 019-848 8000.

Menurut beliau, laporan boleh juga dibuat menerusi portal e-Aduan KPDN iaitu http://eaduan.kpdn.gov.my atau menghubungi talian 1-800-886-800.

Tambah beliau, saluran lain adalah melalui emel ([email protected]), aplikasi telefon pintar Ez ADU KPDN atau talian Bilik Gerakan Penguatkuasaan 03-8882 6088/6245. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI