fbpx

Pelakon atau bukan, Jasper Supayah tak minat rampas kekasih orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JASPER SUPAYAH bertegas tidak berminat dalam soal cinta kerana sibuk mahu membina nama sebagai pelakon.

PETALING JAYA – “Mungkin sekarang ramai sangat penyondol, tapi saya bukan seorang daripada mereka.”

Demikian penegasan pelakon tinggi lampai, Jasper Supayah apabila ditohmah menjadi perampas yang cuba menghancurkan percintaan seorang pelakon lelaki dengan teman wanitanya, juga seorang selebriti.

Kata pemilik nama Jasper James Supayah, itu buat masa ini dia tidak berminat dengan sebarang hubungan cinta dan hanya fokus terhadap karier.

Jika dituntut melakonkan adegan mesra dengan dengan regu lakonan, semua itu tanggungjawab atas dasar tanggungjawab dalam pekerjaan sebagai anak seni.

“Tolong dengar baik-baik, tak kisahlah anda solo atau suami orang sekali pun, saya tak minat, tiada istilah nak menggoda. Saya bukan penyondol.

“Jangan risau, saya pelakon. Di set memang saya akan bagi ‘all out’.

“Kalau perlu bercinta, saya akan berbuat demikian tetapi hanya untuk hidupkan watak. Selepas itu, bye-bye,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran produk penjagaan wajah Tatagaltier, baru-baru ini.

Berstatus bujang pada usia 30-an, pelakon yang popular menerusi naskhah Ku Akad Kau Dengan Bismillah itu juga enggan mencampuri urusan percintaan orang lain terutama membabitkan kenalan kerja.

“Mungkin sekarang ramai sangat penyondol di luar sana tetapi saya bukan salah seorang daripada mereka.

“Saya tak berminat untuk cuba merosakkan hubungan cinta sesiapa pun, tidak kisahlah pelakon atau tidak.

Dakwaan tersebut tercetus apabila Jasper yang juga bekas bintang Akademi Fantasia 2016 itu dilihat beraksi mesra bersama pelakon gandingannya dalam sebuah filem.

Tidak berakhir di layar perak, perkara tersebut dikatakan menjadi bualan ramai sehingga membangkitkan rasa tidak selesa teman wanita aktor terbabit.

Dalam perkembangan lain, pelakon yang semakin rancak disunting sebagai pengacara itu belun bersedia mengorbankan impian peribadi untuk sebuah perkahwinan.

“Saya belum bersedia mengorbankan impian saya untuk sebuah perkahwinan. Tetapi kalau sudah tertulis jodoh saya dalam masa terdekat, saya terima sahaja. Kalau itu ketentuan takdir,” ujarnya yang bakal menyambut Deepavali tidak lama lagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI