fbpx

Megah Rise Mall buka seperti biasa, runtuhan siling dibaiki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kerja penambahbaikan sedang dilakukan selepas dilaporkan tiga orang awam cedera akibat runtuhan siling di Megah Rise Mall, Petaling Jaya, semalam.

PETALING JAYA – Pusat beli-belah Megah Rise Mall yang mengalami runtuhan siling di pintu hadapan sehingga menyebabkan tiga pengunjung cedera semalam, beroperasi seperti biasa pada hari ini.

Tinjauan wartawan Kosmo! di lokasi mendapati kerja-kerja penambahbaikan sedang dilakukan pada struktur siling yang runtuh.

Bagaimanapun, lokasi runtuhan siling tersebut ditutup sementara dan laluan masuk alternatif ke dalam premis disediakan bagi memudahkan urusan pengunjung di sana.

Dalam perkembangan sama, Ketua Pegawai Eksekutif PPB Properties, Low Eng Hooi berkata, pihaknya sudah menugaskan sepasukan perunding bagi membuat penilaian struktur dan melakukan kerja pembaikan dan pengukuhan.

Katanya, penilaian struktur komprehensif dan kerja kerja pembaikan akan dilaksanakan terhadap sebahagian silingnya runtuh akibat hujan lebat dan angin kencang, petang semalam.

“Setakat ini kawasan terjejas termasuk pintu masuk utama, lif mesra haiwan peliharaan dan kedai kopitiam Kheng Wah ditutup sementara sehingga diberitahu kelak.

“Bahagian lain pusat beli-belah beroperasi seperti biasa,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Semalam, Kosmo! melaporkan seramai tiga orang awam mengalami kecederaan akibat runtuhan siling di Megah Rise Mall di sini ekoran hujan lebat dan angin kencang.

Kejadian kira-kira pukul 3 petang itu berlaku di bahagian siling pintu hadapan pintu masuk bangunan tersebut.

Terdahulu, tular satu klip video di media sosial memaparkan detik cemas beberapa pengunjung ketika siling sebuah pusat belah-belah di sini runtuh. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI