fbpx

Mayat tanpa identiti ditemui di Jeti Zon Maritim Kuala Kurau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat tersebut ketika ia ditemui di Jeti Zon Maritim Kuala Kurau, Parit Buntar semalam. - Foto IHSAN APMM

PARIT BUNTAR – Satu mayat tanpa identiti ditemui Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Kuala Kurau di Jeti Zon Maritim Kuala Kurau di sini pada petang semalam.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kurau, Komander Maritim, Mohd. Najhan Azman Hamid berkata, mayat tersebut dijumpai oleh pasukan bot peronda APMM yang hendak menambat bot berkenaan di Jeti Zon Maritim Kuala Kurau.

“Mayat itu ditemui oleh kru bot Perkasa 1239 apabila terlihat separuh badan mayat berkenaan terapung di bawah bot Perkasa 1238 yang bertambat di jeti yang sama.

“Usaha mengeluarkan mayat telah dilakukan melalui bantuan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) daerah Kerian dan komuniti masyarakat setempat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“APMM mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak polis dan komuniti masyarakat setempat dalam membantu urusan menaikkan mayat.

“Sebarang aduan, salah laku dan insiden kecemasan yang berlaku di laut boleh dilaporkan orang ramai kepada Pusat Operasi Zon Maritim Kuala Kurau di talian 05-7279919 atau MERS 999 untuk tindakan lanjut,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI