fbpx

Liga Super: Sri Pahang berjuang ‘ikat’ Terengganu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sergio Aguero meraikan gol penyamaan yang dilakukan ke atas TFC sebentar tadi. - Foto ihsan Sri Pahang

PETALING JAYA – Pasukan Sri Pahang mempamerkan kebangkitan luar biasa untuk mengikat Terengganu FC (TFC) 2-2 pada perlawanan Liga Super di Stadium Darul Makmur, Kuantan sebentar tadi.

Pada aksi derbi Pantai Timur itu, skuad Tok Gajah kendalian Fandi Ahmad membariskan kesebelasan terbaik dengan pemains eperti Sergio Aguero, Lucas Da Silva dan Rafael Da Silva mengentuai jentera serangan.

Pasukan TFC yang baru bersaing pada aksi Piala AFC bertemu kelab Filipina, Stallions Laguna pada Khamis lepas turut meletakkan pemain utama seperti Adisak Kraisorn, Liridon Krasniqi dan Argzim Redzovic.

Skuad Sang Penyu berjaya meraih gol pembukaan menerusi ledakan pemain import dari Iran, Omid Nazari pada minit ke-25.

Bersambung pada babak kedua, skuad tuan rumah memperkemaskan serangan dalam usaha memburu gol penyamaan.

Namun, keghairahan skuad Sri Pahang dihukum apabila Nazari sekali lagi muncul wira pasukan untuk menjaringkan gol kedua peribadi pada minit ke-72.

Detik kebangkitan pasukan tuan rumah bermula apabila Rafael merapatkan kedudukan berselang enam minit kemudian untuk menjadikan kedudukan 1-2.

Gol tersebut menaikkan semangat Pahang dan akhirnya berjaya meraih gol penyamaan hasil ledakan kapten pasukan, Aguero pada minit ke-80 dengan keputusan kekal sehingga tamat perlawanan.

Keputusan tersebut menyaksikan Pahang kini mengumpul 44 mata manakala TFC meraih 36 mata dalam kancah Liga Super musim ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI