fbpx

Konflik Palestin-Israel: Perkhidmatan internet, telefon kembali pulih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENDUDUK meninjau kerosakan di sebuah bangunan akibat pengeboman jet tempur Israel di Rafah hari ini. - Foto AFP

BANDAR GAZA – Sebilangan orang di Gaza sudah dapat berhubung dengan dunia luar menerusi telefon bimbit awal hari ini selepas terputus hubungan akibat tindakan sabotaj Rejim Zionis kelmarin, lapor Perbadanan Penyiaran British (BBC).

Pada hari ini, perkhidmatan telekomunikasi kembali ke wilayah berkenaan tetapi semalam, kebanyakan penduduk tidak dapat dihubungi menerusi aplikasi WhatsApp.

Dalam komunikasi terakhir BBC dengan seorang profesor di Gaza kelmarin, katanya, dia takut untuk mengikut arahan pemindahan Israel dan bergerak ke selatan.

Ini kerana dia bimbang sekiranya keluarganya terperangkap dalam serangan ketika berada dalam perjalanan.

Sejumlah kecil penduduk di Gaza mempunyai kad SIM asing yang boleh menerima gelombang telekomunikasi Israel atau Mesir.

Pihak BBC juga  dapat menghubungi sebahagian daripada mereka semalam termasuk wartawan di Deir al-Balah yang menyifatkan situasi menjadi tegang dan bercelaru.

“Sesetengah orang meyangka tiada apa yang dahsyat berlaku kerana mereka tidak menerima kemas kini berita melalui mesej,” katanya.

Sementara itu, di satu kawasan jauh ke utara di Bandar Gaza, BBC dapat bercakap dengan seorang lagi wartawan menerusi panggilan telefon, di mana dia menyifatkan pengeboman jet-jet Zionis pada waktu malam sebagai kejam.

“Kami tidak menyangka apa yang kami akan lihat pada waktu pagi,” katanya sambil menambah, pengeboman berlaku di jalan-jalan, bangunan kerajaan, padang terbuka dan pantai. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI