fbpx

Konflik Palestin-Israel: Bunyi bom tanpa henti sekitar kediaman Nurul Ain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kawasan sekitar kediaman Nurul Ain dan suami mula diserang tentera Israel sehingga mengakibatkan kemusnahan beberapa rumah.

PETALING JAYA – Rakyat Malaysia di Gaza, Nurul Ain Haron memuat naik video terbaharunya di Facebook hari ini menunjukkan keadaan sekitar kediamannya setelah dua hari tidak berkongsi sebarang maklumat ekoran terputus talian komunikasi.

Lebih menggerunkan, dalam rakaman yang dikongsikan Nurul Ain, kedengaran kuat bunyi bom serta letupan di kawasan sekitar tempat tinggalnya.

Menurut Nurul Ain, sehingga kini serangan masih berterusan ke atas penduduk Palestin oleh rejim Israel.

“Hari ke-21 masih tidak ada bekalan elektrik masih tidak ada air. Lailahaillallah lailahaillallah.

“Nak muat naik video ini semalam tapi semua sambungan komunikasi terputusa. Alhamdulillah hari ini internet dapat sambung balik. Teruskan doa untuk keselamatan kami, sangat berharap berlakunya genjatan senjata,” katanya

Nurul Ain turut menunjukkan sebuah rumah yang telah musnah akibat dibom tentera Israel awal pagi semalam.

“Kalau nampak semalam (kelmarin) rumah itu kena bom, runtuh masa waktu Subuh.

“Serangan masih berterusan sekarang, mungkin dekat sempadan, Wallahua’lam. Tidak ada komunikasi, tidak ada talian telefon, tidak ada internet. Boleh dengar (serangan bom). Ya Allah ya Allah,” katanya.

Dalam perkongsian lainnya, Nurul Ain memberitahu dia dan suami, Mohamed Adan Shaat, telah selesai mengagihkan barangan bantuan kepada 38 keluarga Palestin hasil sumbangan rakyat Malaysia melaluinya.

“Alhamdulillah bantuan selimut dan makanan buat 38 keluarga yang berlindung di kedai shawarma & falafel.

“Terima kasih kepada anda yang sudi berkongsi rezeki bersama mereka. Alhamdulillah,” luahnya.

Terdahulu, media tempatan melaporkan gagal menghubungi Nurul Ain sejak Jumaat lalu dan dia sebelum ini dalam satu hantaran di Facebook memberitahu, telefon bimbitnya mengalami kerosakan sehingga sukar untuk menghubungi sesiapa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI